Friday 21 September 2018

Short vacay: Langkawi (sarawakian)


This post will be in Bahasa Melayu Sarawak..

Hai readers!

Kamek pasti ada urang luar nun teringin mok bercuti rah Langkawi tapi before bercuti mesti kitak urang mok search dolok semua benda nak? especially jenis backpacker, melancong dengan kadar sederhana & bajet.



Let's we start,

Kamek ngagak sia ngan coursemates kamek 11 urang termasuk kamek. bercuti 3 hari 2 malam tapi sik sampe 3 hari pun jejalan rah langkawi ya. kedak 2 hari jak sebab mek urang lambat sampe & hari ahad balit awal pagi. Pakej: van + homestay + mangrove = RM146

14 September 2018
9:00 Pagi - Bas dari Sg.Nibong ke Kuala Perlis (3 jam) (rm17.60)
12:30 T/Hari - Jeti Kuala Perlis (rm18)
1:30 T/hari - Jeti Langkawi
                   - Bergambar rah Dataran Lang while waiting our tour guide
5:00 ptg - sampai homestay (area chenang). relex & solat asar.
6:00 ptg - jejalan rah pantai chenang.
7:30 ptg - carik baju & seluar k islang hoping. ( sepanjang jalan area pantai chenang ktk org boleh beli barang k berik ngn family ktk org)
9:30 mlm - makan kak ya balit



15 September 2018
7:30 pagi - ke Mangrove
aktiviti mangrove - ke Gua Kelawar, ke gua buaya, ke kawasan habitat helang, ke kilim geopark dekat ngan lautan andaman nok sempadan Thailand. aktiviti fish feeding. kesemua aktiviti ya di kawasan berlainan. nang best lah sitok. nait speed bot sik sakit gilak.



12:00 pagi - islang hoping (rm36)
aktiviti sitok santai jak tapi aek laut bergelora Ya Allah, nang antap gilak en driver bot ya embak laju.sakit badan ya nang ada lah. terhempas-hempas jak badan mek urang.
mandik rah pulau beras basah, nangga habitat helang juak, kak ya ngagak pulau dayang bunting. setiap pulau sidak berik sejam.



5:00 ptg - plan mok nait skycab& cable car (rm40)  tapi cuaca sik mengizinkan, kawasan ya ditutup disebabkan angin kencang. frust abis lah sbb kamek agak langkawi nang mok ke sia bah. huhu. so tukar plan ke Haji Ismail Group. pusat beli belah coklat rah langkawi.

7:30 mlm - makan rah steamboat. esok mok balit.



16 september 2018
8:00 pagi- ke airport
 balit.

sik banyak gilak tempat sempat pergi sebab cuaca rah Langkawi masa mek urang pergi ya mala hujan jak. hujan renyai-renyai. sik bertemu matahari. tapi kamek ada molah vlog. iboh lupak singgah nangga! like & subscribe juak k! link: langkawi

makseh baca!

Thursday 11 January 2018

Kyochon di Penang


Assalamualaikum dan Hai!

Food review kali ni adalah Kyochon Korean Fried Chicken Penang!
Pasti semua sedia maklum Kyochon ni menu utama adalah ayam. *bagi sound effect teruja sikit

"kyo" bermaksud kebijaksanaan dan pencerahan dan "chon" bermakna kampung. Founder, Kwon, memberi nama Kyochon kerana ingin mengembalikan kenangan di kampung halaman ketika beliau menikmati ayam goreng yang unik. Janji beliau untuk pelanggan adalah, tidak menghidangkan makanan segera, menggunakan 100% bahan semulajadi dan cuma menghidangkan ayam yang segar dan sihat kepada pelanggan.

Kyochon telah dibuka semenjak tahun 1991 di Korea dan telah membuka 1000 cawangan di berlainan lokasi. Kyochon telah berjaya menapak di 8 negara iaitu Korea, China, USA, Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Kemboja.


Di Penang, lokasi Kyochon terletak di G Hotel Penang. Lot-G-03A, Ground Floor, di Persiaran Gurney, George Town. Kyochon akan beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 11 malam. 




Peta 1: Lokasi Kyochon


Menu yang anda boleh nikmati di Kyochon ada 3 rasa yang berlainan iaitu Soy Garlic, Red Pepper, dan honey. Hidangan ini ada beberapa pilihan iaitu bahagian sayap, gendang, drumstick, separuh dan keseluruhan. Setiap bahagian ada terbahagi kepada regular, medium dan large. Bagi side dish ada pelbagai.

Kami telah memesan Red pepper (8 pcs), Honey (8 pcs), Potato Wedges, and Steamed Rice. Makanan yang dipesan siap dalam 5 ke 6 minit. Sebelum menerima hidangan yang dipesan, kami mencuba kata silang kata yang ada di atas meja sementara menunggu makanan.



Foto 1: Kata Silang Kata

Pelanggan akan disediakan sarung tangan plastik, tisu basah dan tisu di atas meja. Walaupun kesemua ini disediakan diatas meja, anda jangan risau kerana Kyochon masih menyediakan singki dan sabun basuh tangan untuk mencuci tangan selepas makan. Sarung tangan plastik telah dipacking bersama dengan tisu basah didalam packet hitam tersebut. 

Foto 2: Peralatan untuk anda menjamu selera

Foto 3: Honey

Foto 4: Hidangan yang cukup untuk dua orang


 
Foto 5: Saiz ayam


Rasa ayam Kyochon agak menarik berbanding ayam lain. Sungguhpun saiz yang kecil tetapi 16 ketul ayam dan potato wedges sangat mengenyangkan untuk dua orang makan. Red pepper agak pedas bagi yang tidak gemar makan pedas dan honey pulak sangat ranggup dan kedua-dua rasa ayam ini agak berminyak. Sis tak suka makan makanan berminyak. Sis bagi 4/5. 

Anda pasti teruja jika pada hari anda berkunjung ke Kyochon, tarikh tersebut merupakan hari ke-14 dalam bulan tersebut kerana harga ayam untuk 8 ketul akan berharga 14 ringgit sahaja. (NP: 19.00)

Foto 6: Only on 14th 

Foto 7: Menikmati nikmat dunia yang sementara

Alhamdulilah. Makanan yang baik akan menghasilkan kesihatan yang sihat. Terima kasih sebab dah bawa makan ke kyochon dan belanja makan ayam yang banyak ni. Semoga kebaikan akan Allah balas dengan kebaikan juga. 

Pada hari ini, budaya pemakanan banyak menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan. Makan-makan juga tapi kena jaga juga setiap kalori yang anda telan. Makan lah dari sumber yang baik agar tidak memudaratkan kesihatan. Hal ini amat berkait rapat dengan setiap amalan kebaikan yang telah dinyatakan dalam surah Al-Mukminun ayat 51 yang bermaksud: 


“Wahai Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan beramallah dengan amalan yang soleh”.

Tuesday 9 January 2018

Penang Road Famous Teochew Chendul

Assalamualaikum dan Hai!

Penang Road Famous Teochew Chendul merupakan salah sebuah tempat wajib dikunjungi bila berkunjung ke Penang! Sejarah permulaan cendol ini adalah pengasasnya, Tan Teik Fuang telah berniaga dan menjual chendul di Jalan Pulau Pinang pada tahun 1936. Perniagaan ini telah diteruskan oleh encik Tan Chong Kim bersama legasi keluarganya terus memacu perniagaan cendol dengan menyediakan Chendol yang terbaik dan segar kepada pelangan.

Penang Road Famous Teochew Chendul ini telah mempunyai banyak franchise dibuka diseluruh Malaysia. Oleh hal demikian tidak hairan jika ramai yang mengenali cendol penang. Cendol merupakan pencuci mulut yang enak dimakan ketika panas terik dan boleh dinikmati tanpa mengira masa atau hari.

Cendol merupakan makanan yang sangat digemari rakyat Malaysia. Mangkuk yang dipenuhi dengan ais, kacang merah, jelly cendol pandan, sirap gula melaka dan santan. Kesemua ramuan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga ia menjadi sangat dikenali oleh rakyat Malaysia.

Kami berdua Noly telah pergi ke Penang Road Famous Teochew Chendul pada hari selasa jam 3.30 petang. Ketika kami sampai, gerai cuma dipenuhi dua tiga orang sahaja kerana pada hujung minggu gerai akan dipenuhi orang ramai sehingga berbaris panjang dan terpaksa menunggu beberapa minit untuk menikmati cendol tersebut. Nasib kami berdua sangat baik kerana cendul cuma siap dalam setengah saat sahaja. (Tak sempat nak ambik video uncle buat cendol)

Foto 1: Gerai Cendol terletak di Jalan Lebuh Keng Kwee

Foto 2: Gerai Cendul yang ingin mengekalkan nostalgia pengasas cendol

Foto 3: Gerai Cendol

Lokasi bagi Penang Road Famous Teochew Chendul di kawasan Penang:

       1. PENANG ROAD
           27 & 29 Lebuh Keng Kwee,10100 Georgetown, Penang

           Waktu beroperasi:
           Isnin-Khamis: 10:30 pagi - 7 petang
           Sabtu-Ahad: 10 pagi - 7.30 petang

       2. PRANGIN MALL
           Ground Floor Prangin Mall, Jalan Dr. Lim Chee Leong, 10100 Penang.

           Waktu beroperasi:
           10 pagi - 8.30 petang

        3. SUNSHINE FARLIM
            Jalan Thean Teik, Ayer Itam 11500, Penang

            Waktu beroperasi:
            10 pagi- 9.30 malam

         4. GURNEY PARAGON MALL
             Level 5, Kelawai Road, 10250, Penang.

              Waktu beroperasi:
              10 pagi - 10 malam

            5. QUEENSBAY MALL
             Lot 3F - 23(10) 100, Persiaran Bayan Indah, 
            11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

             Waktu beroperasi:
             10 pagi - 10 malam

         6. GURNEY PLAZA
             170-B1-33B, Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 
             10250, Pulau Pinang.



Foto 4: Noly menikmati cendol

Foto 5: Menikmati nikmat dunia yang sementara

Alhamdulilah, cendol ini sangat segar dan sedap. Sehinggakan ingin menambah dua kali kerana terlampau sedap. Sis bagi 5/5 kerana kombinasi yang seimbang dari segi ramuannya. Tidak terlampau manis. Harga bagi semangkuk cendol adalam RM2.90. Murah, sedap dan berbaloi. Anda wajib berkunjung ke gerai Penang Road Famous Teochew Chendul di geortown kerana rasa cendul di sini sangat sedap berbanding cawangan yang ada di tempat lain.

Pemilik Penang Road Famous Teochew Chendul merupakan cina. Dalam era millennia kini, kita tidak dapat lari daripada perkara syubhah walau pun telah jelas yang halal dan haram, lebih-lebih lagi dalam bab pemakanan. Jika telah YAKIN akan kehalalannya, maka makanlah dengan yakin. 

Isu makanan sahaja terlampau banyak syubhah yang dipertikaikan. namun jika dari sumber yang baik dan penyediaan yang bersih serta tidak menimbulkan was-was pada hati, anda pasti tidak akan mempersoalkan isu syubhah dalam makanan. Jika masyarakat terlampu rigid dalam bab makanan maka makan nasi dan air kosong sahaja lah kita. Jangan pula terlampau longgar sehinggakan semua benda nak ditelan.

Berkata seorang ulama :“pada akhir zaman kelak akan tinggalah hanya kulit-kulit pokok kayu yang hanya halal untuk di makan”.

Saturday 6 January 2018

Cendol Durian di Penang


Assalamualaikum dan hai !

Permulaan tahun 2018 ni, kita buka cerita food review by AkmaFian.
Penang salah satu destinasi pelancongan di Malaysia. Siapa yang tak pernah mai penang lagi, hangpa kena mai!
Penang ni juga digelar sebagai syurga makanan. Pelbagai jenis makanan yang anda boleh nikmati pada harga yang berpatutan.

Siapa yang sangat mengemari Durian pasti tidak mahu ketinggalan ingin mencuba merasai durian dalam pelbagai rasa, Durian Crepe, Cendol durian, Tempoyak dan bubur durian. Hmmm, terbayang kenikmatan rasa durian.

Cendol Durian ini merupakan salah satu makanan yang anda boleh cuba jika berkunjung ke Penang.
Cendol ini tidak sepopular Penang Road Famous Teochew Chendul kerana cendol ini baru beroperasi pada tahun lepas.

Nama kedai cendol durian ni Cendol Haven yang terletak di Ground Floor Queensbay Mall yang beroperasi pada pukul 10.30 pagi sehingga 11 malam.

foto 1: Cendol Durian

Cendol durian ini sangat sedap. Ada kacang merah, jelly cendol pandan, durian, sirap gula melaka, susu dan ais. Portion cendol durian ini berpatutan tetapi tidak dapat menandingi portion cendol durian di Cendol Mami, Kuching Sarawak. Maaf agak bias tapi ini sekadar pandangan daripada sis.

foto 2: Cendol Durian 

Cendol Durian ini sedap dan sangat manis. Durian ni memang umpppp. hehe. Sukar untuk dilahirkan nikmatnya buah durian ni. Sis bagi 4 daripada 5. Sedap! 

foto 3: Durian lover

Setakat itu sahaja perkongsian yang tidak seberapa daripada Sis Akmaniss. Tujuan review cendol durian sebab craving durian. Musim durian di Penang, sis balik Sarawak dan bila musim durian di Sarawak pula Sis kat Penang. 

foro 4: Menikmati nikmat dunia yang sementara

Entry ini khas kepada food hunter yang teringin untuk mencuba atau kepada sesiapa yang craving macam sis. 

Allah berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 

Thursday 7 December 2017

Makeup for newbie

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Makeup sinonim dengan kecantikan. kalau boleh, perempuan nak je masak makan tetiap hari makeup tu kalau makeup merupakan makanan yang sihat. 

Terdapat 11 trick makeup untuk newbie, semoga bermanfaat!


1. Dapatkan barang yang multi-purpose


Pemilihan berus, anda tidak perlu beli yang set mahal-mahal dan complicated. Ia hanya untuk anda bukan untuk MUA yang dah berbakat dalam bidang ini. kepad newbie, anda digalakan memilih berus makeup yang boleh digunakan untuk multi use. contohnya, blending brush, multitask brush, angle brow brush, contour brush dan beuty blender. (Sila rujuk gambar)



2. Concelear terlampau heavy?

Sekiranya anda merasakan pemakaian concealer terlampau berat di wajah, anda boleh campurkan sedikit moisturizer atau sunscreen untuk jadikan concealer lebih ringan dan selesa di pakai di wajah.


3. Guna eye primer!

Gunakan eye primer sebelum pakai eyeliner dan eyeshadow . Eye primer boleh buatkan makeup di bahagian mata tahan lama, sekaligus menghalang daripada luntur dan kesan smudge. Jika anda ingin jimat masa dan ruang, anda boleh mengunakan concelear bagi mengantikan eye primer. 


4. Eyebrow sangat penting

Bentuk kening sangat penting dalam menentukan makeup look anda. Ia akan menjadikan wajah lebih menawan apabila kening anda on point! Mulakan dengan melukis daripada line bawah kening, kemudian line di atas kening dan blend menggunakan brow brush bermula dengan ke arah bawah dan akhir sekali blend ke atas atas. Guna kan concealer untuk kemasan yang lebih tajam pada sekeliling kening anda. anda boleh dapatkan dalam 3 jenis, eyebrow pallete, eyebrow pencil and eyebrow gel with brush. Ketebalan kening anda memainkan peranan dalam pemilihan warna samada lighbrown, darkbrown ataupun hitam. pastikan jangan terlampau hitam jika tidak mahu kelihatan seperti chin chan!



5. Praktis lukis eyeliner di atas kertas

Bak kata orang, practice makes perfect! Mungkin anda rasakan tips ini agak remeh, but hey, ini memang sesuai untuk newbies kalau tak nak bersiap berjam-jam depan cermin. Anda boleh praktis membentukkan eyeliner menggunakan pen atau berus di atas kertas. biar nampak simple tapi nice.


6. Neutral eyeshadow sebagai base

Mulakan dengan base shadow tanpa shimmer yang match dengan tona kulit anda yang paling cerah dan apply di seluruh kawasan mata sehingga bawah kening. Anda harus gunakan base shadow ini untuk pastikan shadow yang lebih gelap digunakan di bahagian lid mata sehingga ke kawasan lipatan kelopak mata dan diratakan.



7. Inginkan eyeshadow yang lebih pekat?

Jika anda ingin kan effect warna eyeshadow yang lebih pekat campur kan sedikit setting spray ke dalam shade yang anda ingin gunakan. Cara nya, spray kan setting spray ke kawasan belakang tangan, kemudian ambil berus dan dab kan setting spray di belakang tangan anda sebelum pick up warna eyeshadow yang diinginkan.


8. Eyeshadow for daily use

Anda boleh mengikut simple guide ini untuk menghasilkan jenis eyeshadow yang boleh digunakan sewaktu dalam apa jua makeup look. 


9. Essential oil untuk bibir

Jika lipstain atau lipmatte yang anda pakai membuatkan bibir kering dan merekah, tambahkan setitik essential oil untuk menghasilkan lipstain atau lipmatte yang melembapkan bibir.


10. Elak makeup bercapuk dengan setting spray

Pati anda menginginkan cantik sepanjang hari. Bagi mengelakkan makeup bercapuk dan comot maka anda digalakkan mengguna finishing spray untuk berikan hasil makeup yang rata dan natural look. Bukan sahaja membuatkan makeup anda tahan lama, tetapi juga buatkan muka anda lebih glowy dan berseri.



11. Bersihkan berus untuk flawless blending 

Untuk hasil makeup yang flawless, pastikan anda bersihkan berus setiap kali selepas makeup. Dengan cara ini, product tidak akan berkumpul di berus dan menyebabkan makeup kurang kemas akibat campuran product. Anda boleh juga menggunakan jari untuk apply makeup kemudian baru gunakan berus untuk blend.




#TipsManiss #TipsKecantikan